Tuesday 30 July 2013

♥ ♥ ♥~~~ Sandaran Hanya PadaNYA~~~ ♥ ♥ ♥


Merenung ke dada langit. Cerah. Indah. Dia tersenyum. Subhanallah. Indah ciptaan-NYA. Daun-daun meliuk-lintuk mematuhi aturan angin ciptaan-NYA. Namun, tiba-tiba senyuman miliknya mati.
"Ya Allah. Suatu hari dia akan mati. Suatu hari dunia ini akan musnah. Ya Allah, terlalu banyak dosanya. Terlalu banyak! Tidak mampu dia hitung. Dia selalu mendustakan janji pada Tuhannya!"
Mengalir lagi airmatanya. Hembusan bayu tidak mampu mendamaikan pilu di hati. Dia merenung lagi ke dada langit. Cuba mengingati dosa-dosa lalu. Sakit. Pedih. Perit. Itu yang dia rasakan. Betapa jahilnya dia! Betapa berdosanya dia! Dalam kepiluan, dia cuba mengukir senyuman. Allah tidak kejam. Saat dia terumbang-ambing mencari jalan, DIA datang menghulurkan pertolongan.

"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."-(Al-Baqarah;214)

"Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."-(Al-Baqarah;186)

Dia menangis lagi. Kali ini langit juga menangis. Tangisan dan esakannya tenggelam bersama tangisan awan. Dia menadah tangan, memohon dengan penuh jiwa penghambaan dan dia menyerahkan segala aturan dan takdir hanya kepada Penciptanya.

Monday 22 July 2013

Makanan Sunnah Untuk Ibu Hamil.


1. KURMA

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

4. DELIMA

Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.

5. SUSU KAMBING

Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda.

Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan..HEPY PREGNANCY UNTUK SEMUA BAKAL MOMMIES YE..

6. MINYAK ZAITUN

Apa khasiat minyak zaitun untuk ibu hamil dan janin?

Makanan janin dihasilkan dari darah ibu. Sehingga, apapun yang dimakan dan diminum ibu akan sampai ke janin. Diriwayakan dari Syaidina Ali kw, "Allah SWT telah memerangkap darah di perut ibu, sehingga menjadi makanan bagi anak."

Juga diriwayatkan dari Imam As-Shadiq, "Apapun yang dimakan, diminum dan dihirup ibu selama masa kehamilan, Allah SWT juga memberikannya kepada anak."

Oleh sebab itu, sebagaimana di saat janin membesar, sangatlah penting bagi ibu untuk memperhatikan makanan yang diambilnya. Sekaitan dengan makanan haram, diriwayatkan, "Pengaruh dari penghasilan haram akan tampak pada keturunan seseorang."

Juga ada diriwayatkan bahawa, "Semua dosa itu berbahaya, dan yang paling berbahaya adalah darah dan daging yang tumbuh dari makanan haram."

Kerana itu, dianjurkan untuk mengkonsumsi makanan yang halal serta berkhasiat, antaranya ialah minyak zaitun.

Ibu hamil sebaiknya mengonsumsi minyak zaitun, kerana ianya dapat memutihkan kulitnya dan membersihkan livernya. Manfaat ini juga akan dinikmati anak di dalam kandungan.

Ibu yang sedang mengandung lazimnya mengalami kesulitan BAB (buang air besar). Selain mengkonsumsi minyak zaitun untuk melancarkan BAB, disarankan pula menambah mengambil buah seperti betik, minum air putih dan kurangi makanan pedas.

Minyak zaitun dapat digunakan sebagai minyak urut. Aromanya yang wangi juga dapat juga dijadikan minyak aromaterapi. Ibu hamil seringkali merasa sengal pada kaki terlebih saat kandungannya sudah di atas 6 bulan. Minyak zaitun ini dapat diaplikasikan sebagai bahan urut untuk mengurangi rasa pegal dan krem kaki, melancarkan pengaliran darah dan mencegah timbulnya urat-urat halus akibat tidak lancarnya pengaliran darah.

Minyak zaitun juga dipercayai dapat memudahkan proses kelahiran.insyaAllah.

Saturday 20 July 2013

♥ ♥ ♥ ~~~Bahagianya Cinta~~~ ♥ ♥ ♥


CINTA satu perkataan, sejuta maksudnya. Cinta itu bukan cubaan, Cinta adalah fitrah kehidupan manusia. Cinta yang lara akan membawa kedukaan, tetapi cinta yang suci, pasti menempa keberkatan daripadaNYA. Keberkatan sejati itu yang perlu diburu, Meniti bahagia membawa ke syurga.

Berkatnya cinta itu mencorakkan musim menjadi ceria, walaupun badai sedang melanda. Berkatnya cinta itu membawa senyuman bersama, walaupun diiringi titisan air mata. Berkatnya cinta itu menyapa rindu berpanjangan dijiwa.


Cinta itu diibaratkan seperti malam dan siang, terang dan gelap, pagi dan petang. Semuanya bersatu, datang silih berganti, saling melengkapi, menyempurnakan dan menguatkan. Teruskanlah langkah dan usaha dalam meraikan cinta sehingga akhir sejarah cinta. Di mana cinta akan berakhir diwaktu yang tiada pernah berakhir...

Friday 19 July 2013

Dugaan dan Ujian Tanda CintaNYA


Sebagai seorang muslim kita hendaklah merasakan bahawa setiap dugaan yang diterima bukanlah untuk menyusahkan ataupun bertujuan untuk menzalimi. Tetapi sebenarnya dugaan dan ujian itu merupakan satu hikmah yang memerlukan manusia sebagai individu berfikir sejenak ! Dugaan yang hadir adalah sebagai satu latihan bagi melatih hambaNYA untuk terus berusaha mendekatkan diri denganNYA, sabar,bersangka baik serta mengharapkan pertolongan dari Allah. Allah berfirman:

“ Sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.”

Selain itu, terdapat firman Allah yang bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)


Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, perkara tersebut hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana kasih Allah terhadap makhlukNYA. Allah hendak melatih hati dan jiwa hambaNYA

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Sesungguhnya, dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dan ujian dari Allah kepada manusia untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesaran-Nya.

"Berpesan-pesanlah Kepada Kebenaran"


"Sesungguhnya kebenaran itu tidak dikenali dengan orangnya tetapi kenalilah kebenaran maka nescaya kamu akan mengetahui siapakah orang-orang yang benar.' [Al-Adab al-shariyya oleh Ibn Muflih]"

Perkara yang paling membahayakan di akhir zaman ini ialah apabila orang-orang menganggap bahawa kebenaran itu datang daripada tokoh-tokoh tertentu dan hanya akan menerimanya jika ia datang dari mereka..

Kadangkala apabila seseorang yang cuba menasihati orang lain... terutamanya apabila nasihat berkaitan dengan agama diberi... lalu dibalas dengan kata-kata seperti berikut:

(1) "sebelum nasihat aku baik nasihat diri kau dulu..."

(2) "tak payahlah kau nak tunjuk baik pulak..."

(3) "kau siapa nak nasihat aku..."

(4) "aku tak layan orang yang slow macam kau ni..."

(5) "kau nasihat orang pandai tapi engkau pun sama saja..."

(6) "kau ni cakap agama ni berapi-api... tapi aku tengok pada amalan kau tak seberapa pun.."

(7) "kau ni ada tauliah agama ke... pandai-pandai nak mengajar orang pula... nanti sesat lagi menyesatkan pula..."

Baiklah... biar apa jua balasan dan ucapan yang dilontarkan... pastikan niat kita atau tujuan sebenar kita menasihati orang lain hanyalah:

(1) Ikhlas semata-mata kerana Allah... kerana Allah telah berjanji di dalam al-Quran yang bermaksud, "Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" (Surah al-'Asr; 1-3)... maka janganlah kita sengaja mencampakkan diri dalam golongan yang rugi itu... selagi perkara itu benar di sisi Allah... maka wajib kita sampaikan... semoga Allah berikan kita kekuatan turut melaksanakan apa yang kita sampaikan itu... itu harapan kita... sambil kita turut perlu berusaha...

(2) Sebagai tanda kita cintakan Nabi saw. kerana Baginda pernah bersabda "Sampaikan walaupun hanya dengan sepotong ayat"... Nabi tidak pernah berkata... sampaikanlah kebenaran hanya apabila kamu sudah capai tahap sempurna...Sedarkah kita bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun insan sempurna yang tidak melakukan kesilapan...kerana kesempurnaan hanya milik Allah dan hanya Allah yang layak menilai manusia... selagi kita tahu sesuatu kebenaran... maka wajib kita sampaikan...Dengan harapan Allah akan memberikan kita kekuatan dalam melaksanakan apa yang disampaikan...



Berkata Imam Hassan Basari-

"Sesungguhnya, apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas terhadap diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka, akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan"

P/s : Ku seru kepada semua... lebih-lebih lagi kepada diri yang sering lupa dan alpa ... agar berusaha untuk menyampaikan kebenaran walaupun kadangkala kebenaran itu agak pahit untuk ditelan... dan marilah sama-sama kita bersangka baik kepada semua... kerana prasangka negatif itu merupakan penyakit yang berbahaya...

Wednesday 17 July 2013

Melembutkan Hati Pasangan..


Bagaimana melembutkan hati pasangan adalah bermula dengan melembutkan hati sendiri, melembutkan nada dan tuturkata kita sebagai suami mahupun isteri, melembutkan akhlak dan peribadi kita seluruhnya. Di samping berdoa agar ALLAH melembutkan akhlak pasangan kita.

Dalam hadis sahih disebut, ALLAH itu Maha Lembut, ALLAH mencintai kelembutan... moga kelembutan kita mendorong pasangan atau siapa saja untuk berlembut dalam interaksi dengan kita.
_________________________________________________________________

Hembus bingkisan doa dari ayat Quran kepada pasangan agar pasangan suami/isteri jadi lembut hati dan baik akhlaknya.. Semoga sama-sama dapat mengamalkan surah-surah Al-Quran bagi melembutkan hati Pasangan...


Ayat ayat quran itu sesungguhnya penawar dan pelembut hati pada insan yang membaca dan berusaha mengamalkan pada segenap kehidupan, bukan sekadar ditiup dihembus..

Bila quran itu difahami, dihayati, pastilah kita jadi suami/isteri yang cantik akhlak dan peribadi, yang berhikmah dalam tutur kata, menjaga penampilan luaran dan dalaman - yang dengan izin Allah pasangan akan hidup bahagia..

________________________________________________________________

Seorang isteri berkongsi pengalamannya, bahawa beliau dahulu seorang isteri yang pemarah namun kesabaran dan kasih sayang suami dalam berdampingan dengannya mengubah banyak sifat pemarahnya...walau ia mengambil masa hampir 10 tahun usia rumahtangga. Beliau kini mensyukuri amat kesabaran suami, dan malu bila mengenangkan kekasaran kata kata dan tindakan namun suami bersabar untuk mendidiknya..

Benarlah nasihat dalam kaunseling, kasih sayang adalah ubat kepada banyak perkara. Kalau suami/isteri atau anak anak kita selalu marah marah, berikanlah kasih sayang dalam bentuk yang mereka perlukan. Lambat laun mereka akan kurang rasa nak marah, lebih bertenang, lebih lembut kerana merasa disayangi dan difahami..kenali bahasa cinta mereka yang utama.

Kasih sayang, kesabaran dan kelembutan akan selalu menang, namun ia adalah proses mujahadah dan islah (perbaikan diri) yang panjang..jangan pernah berputus asa untuk berusaha membaiki diri..

Tuesday 16 July 2013

MencintaiMu Semampuku..


Ya Allah,Aku tak mampu mencintaiMu seperti Abu bakar,yang menyedekahkan seluruh hartanya dan hanya meninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad dan sepertimana Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan dienMu.

Ya Muhaimin Izinkan aku mencintaiMu,melalui beberapa wang yang terulur pada tangan-tangan kecil diperempatan jalan,pada wanita-wanita tua dan kanak-kanak kecil yang menadahkan tangan di jalanan dan pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan.

Ya Ilaahi, aku tak mampu mencintaiMu dengan khusyuknya solat salah seorang sahabat NabiMu hingga tiada terasa anak panah musuh terbenam di kakinya.Kerana itu Ya Allah, perkenankanlahaku tertatih menggapai cintaMu,dalam solat yang cuba kudirikan terbata-bata,meski ingatan terkadang melayang ke berbagai permasalahan dunia.

Ya Rabbii, aku tak mampu beribadah seperti para sufi yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu. Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rakaat dalam solat malamku,dalam satu dua sunnah nafilahMu dan dalam desah nafas kepasrahan tidurku.

Ya Maha Rahmaan,Aku takmampu mencintaiMu bagai para al hafidz dan hafidzah,yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam.Perkenankanlah aku mencintaiMu, melalui selembar dua tilawahku.Lewat lantunan seayat dua ayat di kalammu.

Yaa Rahiim Aku tak mampu mencintaiMu seperti Sumayyah,yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DienMu. Seandai para syuhada, yang menjual dirinya dalam jihadnya bagiMu. Makaperkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu.

Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.

Allahu Kariim, aku takmampu mencintaiMu di atas segalanya,bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putrad an zaujahnya,dan patuh mengorbankan pemuda biji matanya.Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya.Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintaikeluargaku,dengan mencintai sahabat-sahabatku, dengan mencintai manusia dan alam semesta.Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii

Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku. Agar cinta itu mengalun dalam jiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku.